Isnin, Januari 18, 2010

Fakta Siri 2

1) Perkataan 'Checkmate' berasal dari bahasa Parsi iaitu ' shah mat' yang bermaksud 'raja sudah mati'.

2) Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama, yang belajar daripada kesilapan sendiri, mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua, yang belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini boleh dikatakan golongan yang cerdik dan menikmati kegembiraan dalam hidupnya. Ketiganya pula, yang tidak belajar daripada pengalaman diri sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.

3) Keluasan Benua Antartika adalah 14 juta kilometer persegi. Jika negara India dan China dicantumkan, keluasannya masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. Ini kerana 90 peratus dari benua Antartika dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira dua kilometer, manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50-60 meter dan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi kita.

4) Kira-kira 17 peratus manusia adalah kidal, sama dengan gorila dan cimpanzi.

5) Purata setiap manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam sahaja. Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

6) Apakah telur yang paling besar di dunia? Jawapannya ialah telur burung unta yang berukuran enam hingga lapan inci setiap satu. Disebabkan saiz dan ketebalan kulitnya itu, telur burunb unta hanya akan masak selepas direbus selama 40 minit.

7) Setiap 23 minit, satu pembunuhan akan berlaku di Amerika Syarikat. Ini bermakna 22,852 kes bunuh berlaku setiap tahun di negara itu. Kejam sungguh orang Amerika ni, ya!

8) Hanya satu daripada 20 orang kanak-kanak akan dilahirkan pada hari yang diramalkan oleh doktor. Adakah anda salah seorang daripadanya?

9) Tahukah anda, di waktu malam deria penglihatan golongan wanita lebih baik jika dibandingkan dengan golongan lelaki. Disebabkan itu, wanita lebih mudah mencari lilin jika terputus bekalan elektrik di waktu malam. Orang lelaki jangan marah, ya!

10) Mengunyah gula-gula getah semasa menghiris bawang boleh mengelakkan mata pedih. Jika tak percaya, cubalah!

11) Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, sama ada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat, ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter padu sesaat.

12) Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki mereka untuk dijadikan makanan pada anak-anaknya yang baru menetas. Tujuannya untuk mengelakkan anak-anaknya daripada memakan sesama sendiri.

13) Terdapat dua jenis ular di Pulau Hawaii. Pertamanya, ular laut yang jarang ditemui dan kedua, ular buta yang hidup seperti cacing tanah di pulau itu.

0 komen:

Catat Ulasan