Selasa, Disember 29, 2009

Fakta Siri 1

* Ikan lumba-lumba melompat dari dalam air untuk menjimatkan tenaga.Bergerak di udara memang lebih mudah daripada bergerak di dalam air.

* Kehadiran orang baru, anjing, atau kucing baru di sebuah rumah dapat menyebabkan seekor kucing stress.

* Ular memerlukan waktu 50 jam untuk mencerna seekor katak.

* Kos membuat film Titanic adalah AS$200 juta, sementara biaya pembuatan kapal itu sendiri sekarang adalah sekitar AS$123 juta.

* Sebatang jagung rata-rata mempunyai enam belas baris dengan 800 butir jagung.

* Setiap hari seekor bayi paus kelabu meminum susu yang sama dengan 2,000 botol.

* Pada masa kehamilan rata-rata kandungan seorang ibu mengembang hingga 500 kali ukurannya yang normal.

* Pada tahun 1900 kopi seringkali dihantarkan dari pintu ke pintu di Amerika Syarikat, dengan kereta kuda.

* Sebelum terkenal sebagai bintang film, Brad Pitt pernah bekerja sebagai pegawai di restoran El Pollo Loco dengan tugas mengenakan kostum ayam.

* Di Alaska orang dilarang membangunkan beruang yang sedang tidur dengan maksud mengambil fotonya, sementara menembak beruang adalah dibolehkan.

Telefon bimbit dapat membunuh pengguna sekiranya ia digunakan di stesen-stesen minyak.

Sebenarnya belum pernah lagi terjadi alat ini dapat mencetuskan bunga api atau kebakaran. Ini kerana kebanyakan telefon bimbit menggunakan 3.6 volt tenaga, kurang daripada apa yang digunakan oleh radio walkman ( 9 volt). Walaubagaimanapun berhati-hatilah jika anda menggunakan telefon bimbit dengan bateri Lithium Ion.

Telefon bimbit dapat menyebabkan kanser dan tumor serta mngurangkan daya ingatan.Tiada bukti yang menunjukkan ini terjadi. Telefon bimbit menggunakan transmisi RF atau Radio Frequency yang paling rendah dan tidak mungkin dapat menyebabkan kanser. Malah ini disahkan oleh Journal of American Medical Association dan New England Journal of Medicine.

Telefon bimbit dapat menyebabkan pening kepala.Ini mungkin ada benarnya kerana kerapkali melekapkan telefon bimbit ke telinga dan berbual-bual panjang, sudah tentulah akan mendatangkan stress, tetapi tiada bukti sahih yang menunjukkan penggunaannya yang kerap dapat menyebabkan pening kepala.

Telefon bimbit dapat mencetuskan sistem amaran kebakaran.Tiada bukti yang mengesahkan fenomena ini.

Jangka hayat bateri alkali telefon bimbit boleh dipanjangkan jika diletakkan dalam peti sejuk.Tidak dinafikan ia membantu mengekalkan kuasa mengecas hanya sedikit sahaja kerana jika dibiarkan terdedah kepada suhu yang panas, kuasanya akan berkurang sebanyak 2% setahun. Begitu juga dengan bateri NiMH dan NiCD.

Mengecas bateri secara pantas (quick-charging) dapat mengurangkan jangka hayat bateri.Ini tidak benar. Sebenarnya bateri NiMH akan menjadi bertambah lemah jika dibiarkan pada pengecas sepanjang malam, akibat terlebih cas.



Sumber: www.ehoza.com