Isnin, Januari 18, 2010

Fakta Siri 3

1) Mateorit yang jatuh di Hoba West, Afrika, pada tahun 1920 merupakan yang terbesar dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 tan.

2) Motor elektrik terkecil di dunia berukuran 0.04sm iaitu lebih kecil daripada kepala jarum peniti, dibina oleh William MCLellan dari Amerika Syarikat. Ia mengandungi 13 bahagian dan pergerakan motor itu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop.

3) Ukuran red kangaroo ketika dilahirkan ialah dua sentimeter, tetapi ia membesar sehingga 2.6 meter panjang. Haiwan itu boleh melompat sejauh lebih 12 meter dalam satu lompatan dan berupaya bergerak dengan kelajuan 48 km sejam.

4) Logam osmium adalah bahan yang paling tumpat di dunia iaitu enam kali lebih tumpat daripada emas. Jongkong osmium setebal saiz wang kertas seringgit adalah seberat 2.4 kilogram.

5) Kereta api penumpang terpanjang di dunia berukuran 1,733 meter panjang dicatatkan di Belgium pada tahun 1991. Ia mengandungi 70 buah gerabak, sebuah lokomotif elektrik dan seberat 2,786 tan.

6) Kelajuan maksimum 39,897km sejam yang dicapai oleh Apollo 10 merupakan yang terpantas pernah dicatat manusia. Kelajuan itu 15.4 kali ganda Tupolev Tu-14, pesawat penumpang paling laju di dunia.

7) Bom atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun dengan kos AS$3 bilion dan memerlukan saintis, jurutera dan tenaga pekerja yang ramai.

8) Upacara menyarung cincin berlian di majlis pertunangan telah dimulakan pada tahun 1475 oleh Archduke Maximilian (Autria) ke jari tunangnya Princess Mary (Burgundy). Ketika itu cincin disarungkan ke jari hantu.

9) Maharaja Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya.

10) 90 peratus pengeluaran beras dunia adalah dari benua Asia dengan China sebagai pengeluar terbesar iaitu 177.7 juta tan metrik berbanding Malaysia 2.17 juta tan metrik.

11) Masyarakat Cina memerlukan 600,000 peti limau mandarin untuk merayakan Tahun Baru Cina. Ini bermakna mereka membelanjakan RM12 juta untuk membeli limau sahaja.

12) Pulau Batu Hairan, 65 kilometer ke timur laut Kudat,
Sabah merupakan pulau terbaru wujud di dunia. Pulau
ini mempunyai keluasan 0.77 hektar dan 3.1 meter
tinggi, ditemui pada 14 April 1988.

13) Papua New Guinea dianggarkan mempunyai 4 juta penduduk, menggunakan paling banyak bahasa di dunia iaitu 869 kesemuanya. Setiap bahasa digunakan oleh lebih 4,000 orang penduduk.

14) Penerbit komersil maklumat hak cipta, MicroPatent, Connecticut, Amerika Syarikat, memiliki koleksi 1,730 CD-ROM yang mengandungi hampir 20 juta halaman senarai pemilik hak cipta utiliti di seluruh Amerika Syarikat

15) Telekom Malaysia merupakan pengendali utama telekomunikasi di negara ini, mempunyai sebanyak 29,700 kakitangan di seluruh negara. Ia membekalkan kemudahan telefon kepada 2.7 juta penduduk Malaysia; nisbah 15 buah telefon bagi setiap 100 penduduk.

16) Ladang kupu-kupu Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 1986, mengandungi 4,000 ekor kupu-kupu Malaysia terdiri daripada lebih 120 spesies.

17) Kesesakan lalu lintas paling buruk direkodkan pada 12 April 1990 apabila 1.5 juta kenderaan berbaris panjang menyeberang sempadan Jerman Timur dan Jerman Barat.

18) Hutan hujan tropika Malaysia berusia 130 juta tahun dan dipercayai sebagai hutan yang paling tua di dunia. Terdapat sehingga 180 jenis pokok dalam satu hektar hutan tersebut.

19) Gua Gomantung di Sabah merupakan tempat kediaman lebih sejuta burung layang-layang. Sarang burung itu dieksport ke Hong Kong dan Singapura dengan harga RM8,750 sekilogram untuk dijadikan sup.

20) Pelabuhan Barat di Pulau Indah berharga RM1.2 bilion mampu mengendalikan 12.1 juta tan kargo setahun. Jumlah sebanyak itu memerlukan masa 10 hingga 12 tahun jika dikendalikan oleh pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau Pinang.

21) Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia, berukuran 563 kilometer. Ukuran tersebut boleh menghubungkan Muar dengan Butterworth.

22) Menara Kuala Lumpur merupakan yang tertinggi di Asia dan ketiga di dunia berharga RM250 juta. Ia berukuran 421 meter tinggi, seberat 100,000 tan, menggunakan 45,000 meter padu konkrit, 5,300 tan keluli tetuli tetulang dan 1,300 tan keluli struktur.

23) Kuil Batu Caves mengandungi sebanyak 364 mata tangga iaitu dari paras bawah hingga ke dalam gua. Jumlah itu akan menjadi sepanjang kira-kira 170 meter jika mata tangga itu diluruskan menjadi satu garisan.


24) Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang yang dijangka beroperasi pada tahun 1998 berupaya mengendali 45 juta penumpang dan juga mampu mengendali sejuta tan kargo setahun.

25) Menara kembar Petronas KLCC (Kuala Lumpur City Centre) yang setinggi 88 tingkat akan menjadi bangunan tertinggi di dunia, berukuran 450 meter tinggi. Ketinggian ini tiga kali ganda Kompleks Dayabumi.

26) Jambatan Pulau Pinang (13.8km) merupakan yang terpanjang di Asia dan menduduki tempat ketujuh di dunia, dibuka pada bulan Ogos 1985.

27) Kompleks renang Dewan Bandaraya Ipoh, Perak
merupakan yang terbesar dan paling moden di Asia Tenggara. Kompleks itu juga adalah kolam renang bergelombang pertama di Malaysia.

28) Malaysia adalah pengeksport minyak utama di Asia Tenggara dan merupakan negara ke-21 yang mempunyai simpanan minyak terbanyak di dunia, mengeluarkan 610,000 tong minyak sehari.

29) Dalam tempoh sepuluh tahun, Proton menguasai 74 peratus pasaran domestik iaitu kira-kira 500,000 unit di jalan raya Malaysia dan 85,000 unit lagi dieksport ke 18 buah negara temasuk United Kingdom, New Zealand dan Australia.

30) Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit nombor satu dunia, mengeluarkan sebanyak 51 peratus daripada jumlah pengeluaran dunia iaitu sebanyak 7.2 juta tan pada tahun 1994

31) Pokok getah tertua Malaysia yang ditanam 119 tahun dahulu masih dapat dilihat di Kuala Kangsar, daerah pertama menanam pokok getah di negara ini.

32) Malaysia memiliki 37 buah bank komersil dengan rangkaian 1,246 cawangan di seluruh negara dan Maybank sebagai bank kemersil terbesar; mempunyai 399 cawangan.

1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

2. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

3. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

4. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

5. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

6. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

7. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

8. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

9. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

10. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

11. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

12. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

13. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

14. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

1) Perkataan 'Checkmate' berasal dari bahasa Parsi iaitu ' shah mat' yang bermaksud 'raja sudah mati'.

2) Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama, yang belajar daripada kesilapan sendiri, mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua, yang belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini boleh dikatakan golongan yang cerdik dan menikmati kegembiraan dalam hidupnya. Ketiganya pula, yang tidak belajar daripada pengalaman diri sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.

3) Keluasan Benua Antartika adalah 14 juta kilometer persegi. Jika negara India dan China dicantumkan, keluasannya masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. Ini kerana 90 peratus dari benua Antartika dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira dua kilometer, manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50-60 meter dan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi kita.

4) Kira-kira 17 peratus manusia adalah kidal, sama dengan gorila dan cimpanzi.

5) Purata setiap manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam sahaja. Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

6) Apakah telur yang paling besar di dunia? Jawapannya ialah telur burung unta yang berukuran enam hingga lapan inci setiap satu. Disebabkan saiz dan ketebalan kulitnya itu, telur burunb unta hanya akan masak selepas direbus selama 40 minit.

7) Setiap 23 minit, satu pembunuhan akan berlaku di Amerika Syarikat. Ini bermakna 22,852 kes bunuh berlaku setiap tahun di negara itu. Kejam sungguh orang Amerika ni, ya!

8) Hanya satu daripada 20 orang kanak-kanak akan dilahirkan pada hari yang diramalkan oleh doktor. Adakah anda salah seorang daripadanya?

9) Tahukah anda, di waktu malam deria penglihatan golongan wanita lebih baik jika dibandingkan dengan golongan lelaki. Disebabkan itu, wanita lebih mudah mencari lilin jika terputus bekalan elektrik di waktu malam. Orang lelaki jangan marah, ya!

10) Mengunyah gula-gula getah semasa menghiris bawang boleh mengelakkan mata pedih. Jika tak percaya, cubalah!

11) Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, sama ada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat, ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter padu sesaat.

12) Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki mereka untuk dijadikan makanan pada anak-anaknya yang baru menetas. Tujuannya untuk mengelakkan anak-anaknya daripada memakan sesama sendiri.

13) Terdapat dua jenis ular di Pulau Hawaii. Pertamanya, ular laut yang jarang ditemui dan kedua, ular buta yang hidup seperti cacing tanah di pulau itu.

Rabu, Januari 06, 2010

50 Fakta Paling Aneh Di Dunia

1. Queue adalah satu-satunya perkataan dalam bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2. Rasa kumbang apabila dimakan adalah seperti epal.

3. Daripada semua perkataan dalam bahasa Inggeris, perkataan ’set’ mempunyai definisi paling banyak.

4. “French Kiss” dalam bahasa Perancis dipanggil “English Kiss”

5. “Almost” adalah perkataan terpanjang dalam bahasa Inggeris yang disusun mengikuti urutan Alfabet.

6. “Rhythm” adalah perkataan terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tidak ada huruf vokalnya

7. Pada tahun 1386, seekor babi dihukum gantung di khalayak umum di Perancis kerana membunuh kanak-kanak.

8. Kecoa bisa hidup selama beberapa minggu tanpa kepala

9. Tulang paha manusia lebih kuat daripada dinding simen.

10. Kita tidak boleh membunuh diri dengan cara menahan nafas.

11. Di setiap benua pasti terdapat kota bernama “Rome”
.
12. Jantung berdenyut lebih dari 100,000 kali setiap hari.

13. Horatio Nelson, salah seorang Admiral (jenderal Angkatan Laut) lagenda di Inggeris yang seumur hidupnya tidak pernah dapat menyembuhkan mabuk laut yang dideritainya.

14. Tulang rusuk Jeremy Bentham selalu dibawa di setiap pertemuan penting di University of London.

15. Orang yang mengguanakan tangan kanan secara puratanya hidup 9 tahun lebih lama dari yang kidal.

16. Tulang rusuk manusia bergerak sekitar 5 juta kali setahun, setiap kali bernafas

17. Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat

18. 1/4 tulang pada tubuh manusia terdapat di kaki

19. Garisan pada lidah setiap orang adalah berbeza.

20. Pemindahan darah pertama dilakukan pada tahun 1667, ketika Jean-Baptiste memindahkan darah sebanyak 2 pint (kira2 1 liter) dari kambing biri-biri kepada manusia

21. Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat dari kuku jari kaki

22. Debu di rumah paling banyak terbentuk dari sel kulit mati

23. Dianggarkan pada tahun 2080 jumlah penduduk dunia akan mencapai angka 15 bilion

24. Perempuan mengedipkan mata 2 kali lebih kerap dari lelaki.

25. Adolf Hitler adalah seorang vegetarian dan cuma mempunyai satu testis

26. Madu adalah satu-satunya makanan yang tidak boleh basi.
27. Bulan yang dimulai dengan hari Minggu selalunya terdapat “Friday the 13th.”

28. Warna asal minuman coca-cola adalah hijau jika tidak menggunakan pewarna.

29. Jantung landak berdegup sebanyak 300 kali seminit

30. Lebih ramai orang terbunuh setiap tahun kerana disengat lebah daripada dipatuk ular.

31. Sebatang isi pensil (pensil kayu) boleh digunakan untuk menulis sepanjang 35 mil atau 50,000 patah perkataan.

32. Alergi terhadap makanan/minuman yang paling banyak dideritai orang adalah alergi terhadap susu lembu.

33. Unta mempunyai tiga kelopak mata untuk melindungi matanya dari pasir gurun.

34. Posisi mata keldai memungkinkan ia melihat keempat-empat kakinya setiap saat.

35. 6 Bahasa rasmi PBB: Inggeris, Perancis, Arab, Mandarin, Rusia dan Sepanyol.

36. Bumi adalah satu-satunya planet di dalam sistem suria yang tidak menggunakan nama dewa-dewa

37. Sendawa atau bersin di gereja di Nebraska, USA adalah melanggar hukum

38. Manusia mempunyai 300 tulang, tetapi apabila dewasa hanya tinggal sebanyak 206.

39. Cacing akan memakan dirinya sendiri jika kelaparan dan tidak ada sumber makanan.

40. Ikan lumba-lumba tidur dengan satu mata terbuka

41. Manusia tidak mungkin bersin dengan mata terbuka

42. Gula-gula getah tertua di dunia berusia 9000 tahun

43. Rekod penerbangan paling lama seekor ayam adalah 13 saat

44. Queen Elizabeth I menyatakan bahawa dia tidak mengutamakan kebersihan. Dia mandi sekali setiap 3 bulan.

45. Siput mempunyai 4 hidung

46. Burung hantu adalah satu-satunya burung yang bisa melihat warna biru
47. Charles Osborne tersedu selama 69 tahun.

48. Zirafah boleh mengorek telinga sendiri dengan lidahnya yang panjang iaitu 21 inci.

49. Secara purata setiap orang ketawa 10 kali sehari

50. Mata burung Unta lebih besar dari otaknya

Isnin, Januari 04, 2010

Fakta-fakta Pelik Yang Kita Tidak Tahu

1. Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas

2. Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.

3. Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.

4. Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.

5. Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.


Sumber: www.tanyasifu.com