Rabu, Januari 06, 2010

50 Fakta Paling Aneh Di Dunia

1. Queue adalah satu-satunya perkataan dalam bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2. Rasa kumbang apabila dimakan adalah seperti epal.

3. Daripada semua perkataan dalam bahasa Inggeris, perkataan ’set’ mempunyai definisi paling banyak.

4. “French Kiss” dalam bahasa Perancis dipanggil “English Kiss”

5. “Almost” adalah perkataan terpanjang dalam bahasa Inggeris yang disusun mengikuti urutan Alfabet.

6. “Rhythm” adalah perkataan terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tidak ada huruf vokalnya

7. Pada tahun 1386, seekor babi dihukum gantung di khalayak umum di Perancis kerana membunuh kanak-kanak.

8. Kecoa bisa hidup selama beberapa minggu tanpa kepala

9. Tulang paha manusia lebih kuat daripada dinding simen.

10. Kita tidak boleh membunuh diri dengan cara menahan nafas.

11. Di setiap benua pasti terdapat kota bernama “Rome”
.
12. Jantung berdenyut lebih dari 100,000 kali setiap hari.

13. Horatio Nelson, salah seorang Admiral (jenderal Angkatan Laut) lagenda di Inggeris yang seumur hidupnya tidak pernah dapat menyembuhkan mabuk laut yang dideritainya.

14. Tulang rusuk Jeremy Bentham selalu dibawa di setiap pertemuan penting di University of London.

15. Orang yang mengguanakan tangan kanan secara puratanya hidup 9 tahun lebih lama dari yang kidal.

16. Tulang rusuk manusia bergerak sekitar 5 juta kali setahun, setiap kali bernafas

17. Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat

18. 1/4 tulang pada tubuh manusia terdapat di kaki

19. Garisan pada lidah setiap orang adalah berbeza.

20. Pemindahan darah pertama dilakukan pada tahun 1667, ketika Jean-Baptiste memindahkan darah sebanyak 2 pint (kira2 1 liter) dari kambing biri-biri kepada manusia

21. Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat dari kuku jari kaki

22. Debu di rumah paling banyak terbentuk dari sel kulit mati

23. Dianggarkan pada tahun 2080 jumlah penduduk dunia akan mencapai angka 15 bilion

24. Perempuan mengedipkan mata 2 kali lebih kerap dari lelaki.

25. Adolf Hitler adalah seorang vegetarian dan cuma mempunyai satu testis

26. Madu adalah satu-satunya makanan yang tidak boleh basi.
27. Bulan yang dimulai dengan hari Minggu selalunya terdapat “Friday the 13th.”

28. Warna asal minuman coca-cola adalah hijau jika tidak menggunakan pewarna.

29. Jantung landak berdegup sebanyak 300 kali seminit

30. Lebih ramai orang terbunuh setiap tahun kerana disengat lebah daripada dipatuk ular.

31. Sebatang isi pensil (pensil kayu) boleh digunakan untuk menulis sepanjang 35 mil atau 50,000 patah perkataan.

32. Alergi terhadap makanan/minuman yang paling banyak dideritai orang adalah alergi terhadap susu lembu.

33. Unta mempunyai tiga kelopak mata untuk melindungi matanya dari pasir gurun.

34. Posisi mata keldai memungkinkan ia melihat keempat-empat kakinya setiap saat.

35. 6 Bahasa rasmi PBB: Inggeris, Perancis, Arab, Mandarin, Rusia dan Sepanyol.

36. Bumi adalah satu-satunya planet di dalam sistem suria yang tidak menggunakan nama dewa-dewa

37. Sendawa atau bersin di gereja di Nebraska, USA adalah melanggar hukum

38. Manusia mempunyai 300 tulang, tetapi apabila dewasa hanya tinggal sebanyak 206.

39. Cacing akan memakan dirinya sendiri jika kelaparan dan tidak ada sumber makanan.

40. Ikan lumba-lumba tidur dengan satu mata terbuka

41. Manusia tidak mungkin bersin dengan mata terbuka

42. Gula-gula getah tertua di dunia berusia 9000 tahun

43. Rekod penerbangan paling lama seekor ayam adalah 13 saat

44. Queen Elizabeth I menyatakan bahawa dia tidak mengutamakan kebersihan. Dia mandi sekali setiap 3 bulan.

45. Siput mempunyai 4 hidung

46. Burung hantu adalah satu-satunya burung yang bisa melihat warna biru
47. Charles Osborne tersedu selama 69 tahun.

48. Zirafah boleh mengorek telinga sendiri dengan lidahnya yang panjang iaitu 21 inci.

49. Secara purata setiap orang ketawa 10 kali sehari

50. Mata burung Unta lebih besar dari otaknya

Isnin, Januari 04, 2010

Fakta-fakta Pelik Yang Kita Tidak Tahu

1. Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas

2. Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.

3. Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.

4. Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.

5. Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.


Sumber: www.tanyasifu.com